Tuesday, December 2, 2014

LANGKAWI TERBAIK!








Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Post kali ni aku nak menceritakan pengalaman mengujakan di Langkawi dengan kos yang sangat-sangat murah dan berpatutan :)

Sepanjang 3 hari 2 malam aku di sana, memang puaih hati! Pakej yang dijanjikan semuanya menepati citarasa. Aku p Langkawi ni pon sebab honeymoon tapi versi bajet murah. Saja la nak cuba nasib. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar!

Di sini aku ceritakan kronologi kat sana.. (macam kes jenayah plak)

Pakej yang dimaksudkan:
3 hari 2 malam
- Motel (tapi cantik)
- Kereta sewa (Viva auto)
- Island hopping (hari kedua)

DENGAN HARGA RM370 SAHAJA :)

Hari pertama
Aku sampai di jeti Kuala Perlis lebih kurang pukui 4. Check in sepatutnya pukul 2 tapi kami terlambat. No problem yang tu. Sampai ja kat sana trus contact owner pakej. (lupa nak cerita, deposit aku bagi RM50 dulu, selebihnya bayar bila sampai di Langkawi). Owner dah sediakan kereta dan bilik siap-siap. Kereta pon siap dok tunggu kat Jeti Langkawi nu, Sampai ja Langkawi, bayar balance yang sepatutnya dibayaq. Kena tambah RM50 untuk deposit kereta (in case kalau ada calaq, rosak). Total akan jadi RM420. Amik kunci kereta dan bilik, tros p motel. Nama = Baron Motel di Pekan Kuah. Walaupun motel, tapi serius aku cakap, puaih hati! Bukan bodo2 motel punya la. Rehat sampai malam. Aktiviti bebas untuk hari pertama.

Hari kedua
Lebih kurang pukul 10 pagi, akan ada kereta akan amik kita untuk bawak p ke jeti (aritu naik avanza). Pakai baju sukan suma siap-siap sebab ada aktiviti panjat-panjat jugak. Dari jeti, ada bot bawak kami keliling pulau-pulau terkenal di Langkawi. Persinggahan pertama, Pulau Beras Basah. Kami diberi masa setengah jam (kalau tak silap) untuk amik gambaq, main-main air, jalan-jalan. Destinasi seterusnya dia bawak keliling pulau sambil tengok permandangan indah. Paihtu, p Tasik Dayang Bunting. Lebih kurang sejam la kalau x salah. Tangkap gambaq, p tandas (kat sini ja ada tandas, so melepas siap2), rendam2 kaki.. Last, dia bawak kami tengok Eagle Feeding. Tengok dekat bot jelah. Banyak gak burung helang yang singgah waktu tu. Dalam pukul 3 petang, aktiviti tamat. Avanza hantar kami balik bilik. Aktiviti bebas. Leh jalan-jalan dan shopping.

Hari ketiga
Sama jugak. Aktiviti bebas. P rehat-rehat kat pantai. Makan-makan. Cuci mata. Shopping. Check out motel jam 12 tengah hari tapi kereta tak kisah pukul berapa. Kami plan waktu tu nak hantar kereta lewat petang sikit. Lepaih jalan-jalan makan-makan suma, hantaq kereta dengan keadaan sempurna dan jayanya. Owner pulangkan deposit kereta RM50 lepaih dia check keadaan kereta. Semua ok. Dia ucap terima kasih, tanya macam mana pakej ni. Memang baguih orangnya.

Sini aku sertakan gambaq detail pakej beserta nombor telefon.



Untuk maklumat lanjut tentang harga dan pakej, boleh whatsapp trus ke owner. Senang deal bajet macam mana yang kita mau. Macam pakej aku ni, yang paling murah. Kalau rasa nak uograde motel ke hotel n lokasi pon nak tukaq macam nak hotel di Cenang, ada jugak pakejnya. Murah jugak :)

*harga untuk cuti sekolah dengan cuti-cuti lain mungkin lain sikit ja dari pakej. Seeloknya booking awai. Yang penting, runding dulu. perkhidmatan A++ 

Sekian ^_^