Tuesday, July 23, 2013

TAHNIAH WAT AKU :P






Kembang setaman. Perubahan yang nyata. Waktu ni masa aku baqu 3 bulan kat Lumut. Skang dah masuk bulan ke-7, jadi, agak-agak macam mana aku skang? Wat kawan-kawan yang naaak sangat tengok aku mengembang, ha ni aku tunjuk kat hampa. Aku dah berjaya :)

Saturday, July 20, 2013

FIRE FIGHTING AND RESCUE TRAINING


Lokasi = Vale Site Ofice, Teluk Rubiah

Puasa-puasa camni kena lari pulak :P
 

Muka letih di petang 10 Ramadhan :)

Monday, July 15, 2013

BERDEBAR-DEBAR AKA NERVOUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Malam semalam xleh tidoq. Elok sampai ja Lumut dari Sungai Petani, lebih kurang pukui 12 tengah malam, waktu nak tidoq tu, xleh nak tidoq. Berdebar sangat nak tunggu esok (iaitu hari ini). Maklumlah, macam-macam cerita yang aku dengaq dari kawan seangkatan di tempat keja. Hari ni, sampai ja di Vale Office, kami tros diberi kontrak baru untuk aktiviti "On Job Training and Commissioning". Alhamdulillah dalam kontrak baru ni ada perubahan positif yang menyenangkan diri aku dan orang lain. Aku sangat mendoakan benda ni menjadi kenyataan. Alhamdulillah skali lagi, doa aku termakbul. Aku harap benda ni cepat berlalu supaya aku tak perlu lagi untuk susahkan keluarga dan orang yang aku sayang sorang tu. Aku dah banyak susahkan depa. Yang nak mengata mengenai kesusahan kita, memang ramai, tapi yang nak menolong kita waktu susah, boleh bilang dengan jari ja. Terima kasih Allah dengan rezeki yang telah Engkau berikan. :)



Saturday, July 13, 2013

KEDAI NOMBOR SATU

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Hari ni aku nak kongsi semua KEDAI NOMBOR SATU dalam senarai makanan kegemaran aku.. Heheh

Char koe teow
1. Mali's Corner

Sumber : Google

Seingat aku la, waktu aku pekena koe teow ni waktu aku praktikal kat Balakong dulu, tahun 2009. Malam-malam kalau xdak keja, aku slalu p lepak kat kedai ni. Sebabnya, memang sedap. Tengok la barisan dia, memang nala punya panjang! Tambah-tambah hari minggu, kadang-kadang sampai kena makan duduk ataih jalan ja.. Char koe teow ni memang sempoi habis la bagi aku. Tengok ni..

 Char Koay Teow Mali Corner
Sumber : Google

 Lokasi kedai ni :

Mali’s Corner Taman Bunga Raya
Jalan Malinja 2,
Taman Bunga Raya,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur.
Koordinat GPS: U 3.212339 T 101.728865



Mi udang
1. D'King Mee Udang Banjir

Sumber : Google

Aku ni hantu makanan laut, terutamanya udang ngan ketam. Kalau ketam, payah sikit nak cari yang sedap. Tapi kalau udang, banyak tempat yang orang kata sedap. Merata dah aku p, antaranya deretan mi udang kat Kuala Sepetang, Perak, pastu Pulau Sayak, Kedah, lagi.. aa banyak la, dah lupa.  Bagi aku, semua tempat ni xleh lawan la dengan mi udang banjir ni. Dah la berlambak, sedap, udang banyak, udang segar, pastu pulak kedai ni bukak sampai 2 pagi. Gamak lapaq ja, boleh p tros. Memang terbaik!

 
Sumber : Google

Banyak jugak aku tengok komen positif pasai kedai ni. Sebabnya, meeemang sedap! Bagi siapa-siapa yang tak pernah p, boleh la cuba. Cuma pesan aku:
1. Layanan agak lambat, sebab pekerja tak ramai sangat, tapi pelanggan yang ramai
2. Kalau nak order mi udang banjir, kalau 4 orang ja nak makan, order la untuk 2 orang, sebab banyak (khas untuk mi banjir ja)
3. Kalau nak bermalam, mai ja rumah aku, ahahahah (sebab dekat sangat dengan rumah).. melawak ja!
 
Lokasi kedai ni :
Lot 20072,Jln Padang Temusu, 
Mukim Sungai Pasir, 
08000 Sungai Petani, Kedah



Mee Sizzling
1. Sunway Carnival Mall

 
Sumber : Google

Aduh, puas aku search gambar kedai, tapi tak jumpa.. Xpa2. Ok, mee sizzling yang aku maksudkan ada dalam mall ni. Aras Ground Floor. Kalau tak salah, aku mula makan mee kat sini sejak zaman poli lagi. Memang sedap. Jenis aku, suka mee sizzling yang halus, yang yee mee tu. Kuah dia memang terbaik, brader tu memang pandai buat. Yang aku heran, dari dulu sampai skang, brader tu masih pakai bandage (kot) kat tangan. Kesian dia :(
Kalau ikut 6 tahun lepas, anugerah mee sizzling terbaik bagi aku ni, menang kat Jusco Seremban Dua. Sedap. Tapi yang ni, laaaagi sedap :)

Lokasi kedai ni :
Ground Floor,
Sunway Carnival Mall 
3068, Jalan Todak Pusat Bandar Seberang Jaya 
13700 Seberang Jaya 
Pulau Pinang



Koe Teow Goreng 
1. Laksa Mambo

 
Sumber : Google

Minta maaf. Gambaq xdak jugak. Yang kat atas ni pon kecik ja. Nama kedai ni memang la Laksa Mambo, tapi depa ada buat koe teow goreng gak. Laksa dia bagi aku, bole la. Tapi koe teow dia, memang pergghh.. Brader tu memang pandai buat. Kering-kering basah, sedap, manis, menjilat jari, pendek kata memang sedap! Aku mula makan koe teow kat sini waktu poli jugak. Dulu aku panggil kedai ni kedai bawah pokok. Memang femes la masa zaman aku kat poli dulu.

Lokasi kedai ni :
Laksa Mambo,
Bawak Pokok Tepi Jalan,
Taman Sejahtera,
09600 Lunas,
Kedah. 


Waaah.. Banyak lagi aku nak cerita ni, tapi panjang sangat. Nanti aku senaraikan lagi tempat-tempat mana yang makanan dia memang sempoi. Nanti kalau aku ada masa lebih cam skang, aku wat entry baru ya..
Wassalam :) 

Friday, July 12, 2013

FITNAH


Fitnah. Sekasar mana sebutannya, sekasar itu jugaklah kesan di dalam diri seseorang yang terkena fitnah. Sebab tu Allah S.W.T berfirman :

 

Fitnah ini dosanya lebih besar dari membunuh. Sebagai contoh, kita bunuh orang yang kita sakit hati, mungkin sebab dia ada buat sesuatu yang buruk pada kita. Ceritanya habis sampai di situ. Orang yang dibunuh pon mati camtu ja. Tapi bayangkan kalau kita ada jeles dengan seseorang, mungkin sebab kelebihannya. Pastu kita fitnah, memula cerita pada si A, si A sampaikan kat si B dan seterusnya sampailah ke si Z sedangkan mangsa fitnah itu tidak membuat sebarang kesalahan seperti yang si pemfitnah katakan.

Mangsa fitnah tersebut terpaksa tanggung malu dan merasa sangat teraniaya akibat dari perbuatan si pembuat fitnah.

Mungkin kita tak dapat bayangkan kedua-dua cerita kat atas, tapi bagi yang mengalaminya, mereka akan faham.

Kehidupan aku ni mudah. Bak kata orang, "simple" ja. Aku tak suka kacau hal orang. Apa-apa yang aku buat, aku tak kacau orang dan aku wat sensorang ja. Dari dulu sampailah sekarang ni. Tapi aku heran, pasai pa ada jugak manusia yang slalu tak puas hati dengan apa yang aku buat? Ada ja yang tak kena di mata depa. Mana-mana aku p, mesti ada spesies macam ni.

Aku suka apa-apa yang berkaitan dengan teknologi. Kalau dapat laptop ka komputer ka depan aku, aku akan godek habis. Aku minat dan aku bersyukur sangat kepada Allah sebab aku ada kelebihan untuk itu. Dulu kat poli, aku slalu tolong kawan-kawan selesaikan masalah gadget depa. Aku jugak slalu "update"kan laptop aku dengan "software" yang terbaru. Tup-tup aku dapat taw ada sebilangan geng yang tak puas hati ngan apa yang aku buat.

Aku tak tau apa yang depa wat, tapi lepas dari peristiwa tu, ramai yang masam muka dan tak bercakap ngan aku. Seingat aku waktu di poli dulu, dari Sem 1 sampai Sem 3, aku bahagia ja. Mai kat pertengahan Sem 3, lepas dari peristiwa tu, ramai yang dah lain. Aku taw ada orang yang wat fitnah pasal aku. Banyak cerita yang aku dengaq dari mulut orang lain pasal aku. Benda ni berterusan sampai Sem 6. Aku memula wat tak heran ja dan aku anggap cam benda ni dugaan. Aku banyak minx tolong kat Dia supaya mudahkan jalan aku di poli. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi yang aku heran, bila susah, pandai pulak geng-geng tu cari aku. Itulah manusia.................

Waktu keja di Kulim dulu pon, ada jugak golongan macam ni. Biasa lah, kat mana-mana pon akan ada pemfitnah ni. Aku belajaq cara untuk "handle" masalah dengan geng-geng camni. Puncanya satu ja, tak puas hati bila orang lebih. Jadi, masa kat sana, aku buat macam aku la manusia paling bodoh kat dunia, pasai IT pon aku xtaw apa, blog2 ni pon aku cakap aku tak reti. Jadi, si pemfitnah ni pon wat tak taw jelah lepas tu. Sampai la aku berhenti keja, aku "maintain" ja perangai camtu.

Skang, yang terbaru, aku di Lumut. Aku ingat aku tak jumpa dah, rupanya lagi ramai. Maklumlah, aku ni orang luaq. Mai Perak pon kata menumpang la apa la. Aku dapat keja ni pon bukan depa yang bagi. Allah yang bagi peluang kat aku. Aku taw la aku budak Kedah, tapi apa masalahnya dok fitnah aku macam-macam. Aku cakap aku kenai bos besaq, kena fitnah. Aku baik dengan geng pejabat pon kena fitnah. Aku baik dengan Kapten kat tempat keja, lagi terok aku kena fitnah. Pendek kata, semua benda aku kena.

Sedih la bila bulan puasa yang indah ni ada orang menganiaya kita. Aku doakan si pemfitnah tu akan berubah dalam bulan puasa ni. Amin..

SALAM RAMADHAN 1434H :)





bulan ramadhan hampir tiba,
berpuasa itu tanggungjawab kita,
banyakkan beramal bekalan di sana,
moga hidup berkat hendaknya

setiap malam ke solat terawih,
amalan sunat umat islam,
sebulan berpuasa menahan jerih,
banyak pahala dapat disulam

menahan lapar juga dahaga,
mohon kudrat yang Maha Esa,
sebalik amalan banyak hikmahnya,
jangan mudah berputus asa

wahai rakan-rakan dan sahabat semua,
amalan wajib jangan dilupa,
semoga hidop kita sentosa,
mendapat berkat di akhirat sana

umrah selalunya di bulan puasa,
ada rezeki akan ke sana,
di rantauan berpuasa kumpul sedunia,
syukur kita menjadi hambanya

pelbagai juadah juga hidangan,
makanan pedas utama sajian,
kuih muih jadi pembukaan,
manis dan pedas itu kegemaran

banyak selera di pandang mata,
ke bazar ramadhan menjengah juga,
pilih memilih amalan biasa,
jangan membazir itu utama

kala menjelang bulan puasa,
bangun sahur tidak dilupa,
makanan hanya sederhana sahaja,
biar berkat menyulam selera

selamat berpuasa kepada semua,
moga amalan kita diterima,
meski harus berlapar dahaga,
tak terjangka hebat ganjarannya

teguhkan iman di bulan ramadhan,
tetapkan jadi jalankan kewajipan,
allah menduga hanya sebulan,
inilah peluang dan kesempatan

selamat berpuasa kepada semua,
menjelang raya pelbagai disedia,
jadikan ramadhan bulan mulia,
banyak nikmat dan juga pahala.

 pantun dari :  https://www.facebook.com/notes/riedz-jb/pantun-ramadhan-2012haha-jom-baca-klik-here-my-all-friends/376542262408797

Selamat menyambut Ramadhan 1434H buat pembaca blog beragama Islam sekalian :)


Friday, July 5, 2013

1 KEBURUKAN > 99 KEBAIKAN

"Jika anda melakukan 99 perkara yg betul, dan 1 perkara yg tidak betul, orang akan mengabaikan 99, dan menyebarkan 1 kesilapan"

Quote kat atas ni aku ambil dari Facebook. Hakikat dunia. Macam beberapa kes yang pernah aku lalui sepanjang hidup ni. Contohnya:

'Huh, si S tu. Rajin tolong mak ayah. Penyayang, suka tolong haiwan. Masak konon sedap, jahit pon pandai. Keja baguih la sangat. Suka p surau dan masjid. Suka p majlis ilmu. Nyampah aku'

- ni kata hati seorang insan yang memang taram lama dah ngan si S ni. Tup-tup Allah bagi dia nampak satu benda yang tak berapa baguih pasal si S ni.

 

'Tu dia tu dia, orang dok kata dia baguih. Tengok la tu, keluaq ngan jantan mana tak tau. Aku dah agak dah dia tu memang teruk. Nak kena canang kat semua orang ni.'

Dalam facebook, kat blog, semua dia canang. SMS habih ni kawan-kawan. P kata yang si S ni teruk gila. Padahal kata-kata hati dia dah taw 99 kebaikan yang S buat tadi. Dia nampak 1 keburukan ja, automatik dia padam 99 kebaikan tu.

Sebab tu tajuk aku "1 KEBURUKAN > 99 KEBAIKAN" yang bermaksud 1 keburukan ni lagi dititik beratkan oleh manusia berbanding 99 kebaikan. Walahualam. Astagfirullahalazim..

Thursday, July 4, 2013

TAMBAHKAN BERAT BADAN = IDEAL!



 Ni berat badan aku pada 10/03/2013. Kiranya tiga bulan selepas aku dok di Lumut. Kalau nak ikut berat badan aku, asalnya maintain 37 ja, kalau 39 tu rasa cam kembang hidung dah la :P
Waktu demam panas Tingkatan 4 dulu, penah berat turun sampai jadi 33kg.. Dah jadi camni..


 Memang bersusah payah gak la waktu nak tambahkan berat badan tu. Waktu masuk poli, haaa berat aku dah hampir ideal. 42kg. Tapi ngam-ngam ja. Iya la, dok poli, makan, blajaq, tidoq. Bukan buat keja sangat.
Elok aku abeh ngaji tiga tahun kat poli tu, tros aku masuk keja. Shif pulak tu. Dari 42kg turun tros sampai jadi 37kg. Serius la, untuk orang kuruih cam aku ni, berat badan senang ja turun. Nak naik, payah nak mampuih. Tambah la keja shif, makan x cukup, tidoq x cukup. Asyik pikiaq lena ja. Kurus kering la aku waktu ni. Dua tahun aku keja kat Kulim, berat aku memang maintain 37 ja, atau kurang skilo.

Tup-tup dapat keja kat Lumut. Harapan aku bila dok kat tempat baru ni slalunya satu ja, NAK TAMBAHKAN BERAT BADAN! Memang nekad gila. Ok, tiga bulan pertama hasilnya macam gambaq kat ataih tu la.
Bila aku p timbang pada 30/06/2013 iaitu beberapa hari lepas, inilah hasilnya........

Tada....! Memang mendadak gak la. Jalan pon rasa cam agak berat (pui, macam la naik sploh kilo) :P


Aku rasa la kan, di sebalik aku maintain makan pada waktu yang sepatutnya dan tidoq yang cukup, ada dua benda ni yang aku rasa bagi perubahan mendadak kat diri aku ni.


Nombor 1. Susu Dutch Lady Full Cream Milk ni. Aku memang amalkan pagi petang malam. Aku slalu jugak sakit pinggang dan tulang belakang. Alhamdulillah, selain menambahkan berat badan, ianya turut menyembuhkan sakit aku ni.
Nombor 2. Flavettes Vitamic C yang 1000mg punya. Sehari makan sebiji, lebih efektif, waktu siang. (ikut cara aku la) Alhamdulillah jugak, makan Vitamin C ni badan aku jadi makin bertenaga dan kurang rasa nak pengsan cam slalu aku rasa waktu keja dulu.

Wat masa ni, berat badan aku dah ok. BMI pon cakap ideal. Alhamdulillah sangat-sangat :)

Wednesday, July 3, 2013

PERJALANAN


Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd.
Aku ingat lagi tgh hari tu (lupa tarikh). Aku tak p  keja sebab demam. Tup-tup aku dapat panggilan dari nombor belah Perak. Memula aku takmau angkat sebab x larat sangat. Ntah camna aku pon angkat jugak.
V - Hello, may I speak to Nurul Shuhada binti Mahadzir?
S - Yes, speaking.
V - I'm V from Vale. I would like to inform you about interview that will be held on tomorrow. You are selected to go to the interview that will be held at Tower Regency Hotel at 9 a.m. Are you interested?
S - Err, Vale? Can I know what the company is?
V - Ouh, Cik Shuhada, Vale is the only one in Malaysia that distribute iron ore around the world. Are you don't know at all?
S - Yes. This is first time I heard about this company, even its name.
V - What? So how do you submit your resume even though you don't know about this company?
S - Now I also don't understand. When did I submit a resume for Vale? Sorry for my misunderstanding.
V - From what I know, your resume had been sent to Vale and your application had been approved by management. So, are you interested to come to Vale?

Tengah dok bingung, dah la demam. Tup-tup dapat panggilan camni. Aku dengan keadaan yang terhuyung-hayang sebab pening pon menjawab:

S -  Yes, I interested in this offer.
V - Okay, see you tomorrow at 9 a.m at Tower Regency Hotel, Ipoh and please bring your latest resume and stationery.
S - Orait V :)

Dengan sepantas kilat aku kol PeKA aka Pusat Kerjaya Amanjaya di Ipoh iaitu Senior Executive mereka. Rupa-rupanya Encik Mohamad Taufik aka ehem2 aku yang hantaq resume. La, awat x habaq? Dia kata yang dia penah habaq kat aku, tapi dah lama. Aku ni dah la nyanyuk, mana la nak ingat. Dia kata dia hantaq resume tu kat Andre _ _ _ Coppersmitch (xingat nama). Bayangkan hari ni aku demam. Interview esok. Dah la kat Ipoh nu. Waktu ni aku kat Kulim. Nak p ngan apa? Macam mana nak p? Dah la hujung bulan. Aku nak give up dah mula-mula.

Dengan izinNya, malam tu aku tanya Kak G (kak kat tempat keja aku) pastu dia kata ok. Aku bersyukur gila ni. Dari segi kewangan pulak, Kak L (kat tempat keja aku gak) tolong. Tima kaseh kakak-kakak.

Selesai masalah untuk esok, masalah lain pulak ada. Housemate aku. Malam tu aku ingat nak bagitaw dia, tapi entah camna, aku takut. Bukan takut apa, takut dia sedih ka marah ka. Malam tu jugak kami ada keluaq makan. Aku cakap aku nak balik awai sebab ada hal, nk print resume. Dia kata nak minta keja baru ka? Xyah la.. Kat SilTerra pon dah ok. Tu yang aku lagi takut dan x sampai hati nak gtaw dia. Aku cakap ja kawan aku yang nak resume aku.

Esoknya semua berjalan dengan lancar, sampai pon tepat kol 9. Waktu interview ja agak menakutkan sebab lagi susah dari SilTerra dulu. Banyak stage yang aku kena lepas untuk dapat keja ni. Semua dah lepas, V jumpa aku dan bagitaw yang aku dah dapat keja ni. Aku amik offer letter dalam keadaan pelik dan aku p kat Kak G. Kak G kata alhamdulillah baguih la. Aku terkejut lagi dan xtaw nak wat apa. Semua ni jadi macam sekali harung ja. Cepat ja dia terjadi.

Aku teringat kata V tadi. Dia kata aku dah boleh hantaq Resignation Letter dah kat SilTerra. Lagi la blur. Aku sendiri pon xtaw apa keputusan aku. Pikiaq punya pikiaq, tanya punya tanya, akhirnya aku setuju nak masuk Vale ni. Macam-macam dugaan aku dapat lepas aku bagitaw yang aku nak berhenti. Ada yang bagi sokongan, ada yang macam bagi aku down. Sedih jugak sebab aku rasa macam aku teraniaya. Aku x rancang pon semua ni jadi. Bukan aku dah set yang aku nak berhenti keja ni awai-awai. Tuan punya badan pon rasa kelam-kabut. Bayangkan la, dalam kurang dari seminggu aku taw semua ni.

Memang menyedihkan bila waktu kita tengah down, ada lagi orang yang downkan kita. Aku paham sebab apa dia downkan aku. Mungkin aku salah sebab aku xbagitaw malam yang aku nak p interview tu. Tapi bukan salah aku. Aku ada sebab aku wat camtu. Aku sedih ngan x sampai hati sebab dia baik sangat. Sepanjang aku keja kat SilTerra, dia banyak tolong aku ngan bagi aku gembira. Tapi, bila dah akhir-akhir aku kat Kulim, dia memang marah sangat-sangat. Aku pujuk pon tak berkesan. Kalau memang 100% salah tu memang datang dari aku, aku minta maaf. Walaupun dia tak baca pon post aku ni, aku tetap sayang dia dan aku ingat semua budi baik yang dia bagi kat aku dulu.. Aku takkan lupa kakak, jangan risau :)