Sunday, April 15, 2018

4 TAHUN SEPI..DU DU DU

Assalamualaikum

Allahuakbar.. Sunyi sepi blog ni noh. 4 tahun menyepi. Shu ada ja,  cuma update ja tak dan. Haaa in shaa Allah Shu akan kembali aktif di blog, yeahhh!! Banyak cerita nak dimasukkan dalam blog nanti,  antaranya, seperti gambaq di bawah. Ha tudiaa hasil 4 tahun. 

Ada entri baru nak buat. Entri..

MAKAN!!!!  😂

Tuesday, December 2, 2014

LANGKAWI TERBAIK!








Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Post kali ni aku nak menceritakan pengalaman mengujakan di Langkawi dengan kos yang sangat-sangat murah dan berpatutan :)

Sepanjang 3 hari 2 malam aku di sana, memang puaih hati! Pakej yang dijanjikan semuanya menepati citarasa. Aku p Langkawi ni pon sebab honeymoon tapi versi bajet murah. Saja la nak cuba nasib. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar!

Di sini aku ceritakan kronologi kat sana.. (macam kes jenayah plak)

Pakej yang dimaksudkan:
3 hari 2 malam
- Motel (tapi cantik)
- Kereta sewa (Viva auto)
- Island hopping (hari kedua)

DENGAN HARGA RM370 SAHAJA :)

Hari pertama
Aku sampai di jeti Kuala Perlis lebih kurang pukui 4. Check in sepatutnya pukul 2 tapi kami terlambat. No problem yang tu. Sampai ja kat sana trus contact owner pakej. (lupa nak cerita, deposit aku bagi RM50 dulu, selebihnya bayar bila sampai di Langkawi). Owner dah sediakan kereta dan bilik siap-siap. Kereta pon siap dok tunggu kat Jeti Langkawi nu, Sampai ja Langkawi, bayar balance yang sepatutnya dibayaq. Kena tambah RM50 untuk deposit kereta (in case kalau ada calaq, rosak). Total akan jadi RM420. Amik kunci kereta dan bilik, tros p motel. Nama = Baron Motel di Pekan Kuah. Walaupun motel, tapi serius aku cakap, puaih hati! Bukan bodo2 motel punya la. Rehat sampai malam. Aktiviti bebas untuk hari pertama.

Hari kedua
Lebih kurang pukul 10 pagi, akan ada kereta akan amik kita untuk bawak p ke jeti (aritu naik avanza). Pakai baju sukan suma siap-siap sebab ada aktiviti panjat-panjat jugak. Dari jeti, ada bot bawak kami keliling pulau-pulau terkenal di Langkawi. Persinggahan pertama, Pulau Beras Basah. Kami diberi masa setengah jam (kalau tak silap) untuk amik gambaq, main-main air, jalan-jalan. Destinasi seterusnya dia bawak keliling pulau sambil tengok permandangan indah. Paihtu, p Tasik Dayang Bunting. Lebih kurang sejam la kalau x salah. Tangkap gambaq, p tandas (kat sini ja ada tandas, so melepas siap2), rendam2 kaki.. Last, dia bawak kami tengok Eagle Feeding. Tengok dekat bot jelah. Banyak gak burung helang yang singgah waktu tu. Dalam pukul 3 petang, aktiviti tamat. Avanza hantar kami balik bilik. Aktiviti bebas. Leh jalan-jalan dan shopping.

Hari ketiga
Sama jugak. Aktiviti bebas. P rehat-rehat kat pantai. Makan-makan. Cuci mata. Shopping. Check out motel jam 12 tengah hari tapi kereta tak kisah pukul berapa. Kami plan waktu tu nak hantar kereta lewat petang sikit. Lepaih jalan-jalan makan-makan suma, hantaq kereta dengan keadaan sempurna dan jayanya. Owner pulangkan deposit kereta RM50 lepaih dia check keadaan kereta. Semua ok. Dia ucap terima kasih, tanya macam mana pakej ni. Memang baguih orangnya.

Sini aku sertakan gambaq detail pakej beserta nombor telefon.



Untuk maklumat lanjut tentang harga dan pakej, boleh whatsapp trus ke owner. Senang deal bajet macam mana yang kita mau. Macam pakej aku ni, yang paling murah. Kalau rasa nak uograde motel ke hotel n lokasi pon nak tukaq macam nak hotel di Cenang, ada jugak pakejnya. Murah jugak :)

*harga untuk cuti sekolah dengan cuti-cuti lain mungkin lain sikit ja dari pakej. Seeloknya booking awai. Yang penting, runding dulu. perkhidmatan A++ 

Sekian ^_^

Tuesday, June 24, 2014

MENUNGGU HARI

Assalamualaikum.

Debaran untuk menunggu hari itu tiba semakin kuat dirasai. Haha! Banyak lagi persiapan yang masih tertangguh angkara kerja di negeri orang. Banyak benda nak update tapi masih belum kesampaian.

Nantikan update baru ya :)

Wednesday, May 7, 2014

D.I.Y - PROPS

Tengok props2 yang orang buat memang comei.. Tergerak pulak hati aku untuk cuba buat sendiri. Kira cam first trial la ni. Lagipun tangan aku ni bukan jenis berseni. Xpa, aku cuba ja dulu. Heheh..

Antara bahan2 yang diperlukan:
Manila kad
Kertas warna
Gunting
Gam uhu
Cellotape
Lidi bambu
Marker pen
Sticker comei2
Pensel
Pen
Pemadam

Aku wat tak ikut prosedur macam yang orang lain buat. Aku buat ikut tangan aku ja ni.

1. Memula, amik manila kad (putih untuk contoh yang aku buat). Lakar bentuk yang ingin dibuat (contoh: petak, bulat, awan, geometri, hati, bujur) menggunakan pensel. Kemudian gunting. Buat lakaran mengikut bilangan yang korang ingin buat. Macam aku, untuk tulisan, aku buat 8. Misai 2. Love 1. Spek 1.

2. Gunting lakaran tadi dan asingkan di satu tempat.

3. Buka kertas warna (contoh: kaler hitam) dan buat design yang sama dengan yang korang buat tadi menggunakan pensel cuma besarkan sedikit saiz objek.

4. Gunting kertas warna tadi. Asingkan di satu tempat.

5. Tulis perkataan yang ingin ditulis di atas manila kad / kertas warna menggunakan marker pen hitam (ikut warna manila/ kertas warna mana yang terang). Macam contoh aku, aku tulis atas manila kad sebab lebih cerah dari kertas warna.

6. Setelah siap, lekatkan manila kad di atas kertas warna yang siap dipotong. Cantumkan mengikut saiz yang betul.

7. Hias mengikut kreativiti anda. Macam aku, aku wat bagi simple ja.

8. Akhir sekali, gamkan lidi pada kertas hiasan anda dan tunggu sehingga kering. Siap!!

Kesimpulannya.. Aku dah test untuk event besaq aku ni ha. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dengan adanya props ni, bertambah comei dan ceria suasana itu. Ngeh ngeh :D

Thursday, May 1, 2014

MINGGU YANG MENDEBARKAN - BAHAGIAN 1

Fuhh.. Memang lama sungguh aku tak jenguk blog. Bukan bersawang dah ni.. Ni dah nak reban pa. Ahahahah

Kebanyakan masa dihabiskan untuk mencari rezeki yang halal di Lumut ni. Tersangat sibuk sejak aku mula keja shif. Hidup pon dah mula tak terurus sebab pattern shift berubah 100%.

Di dalam kesibukan aku ni, aku tetap pentingkan keluarga dan Encik T. Aku selingkan masa untuk mereka.

Sekarang masih dalam mood menyusun strategi. Tunggu dan lihat nanti ya :)

Saturday, March 1, 2014

PENGUMUMAN!!






Haha.. Gambaq ni selingan ja bagi tajuk aku.. Saja nak habaq yang blog ni akan ditukaqkan url dari 

www.eseshyu2.blogspot.com 
ke 
www.shuhadamahadzir.blogspot.com
 

Tapi bukan skarang taw. Skang aku tengah nak wat template baru untuk blog ni. Makan masa sikit. Kalo search nanti tak jumpa, maknanya aku dah tukaq url la tu. >_<

Sunday, January 26, 2014