Monday, January 21, 2013

PERASAAN

Sampai skang, aku masih tak boleh terima lagi yang aku memang dah sedia ada kat Lumut ni. Tak pernah terfikir pon. Tup tup, aku dah sampai kat sini. Macam-macam persoalan masih berlegar-legar dalam kepala aku ni ha. Keadaan aku, mampukah aku belajar dalam 6 bulan ni, apa yang akan jadi lepaih 6 bulan, kena p 'oversea' tak, dan banyak lagi.
Yang pastinya skang, aku sedang mengharungi kehidupan dalam keadaan yang terlebih privasi. DUDUK SORANG-SORANG DALAM RUMAH YANG BESAQ GEDABAK TU!
Permandangan memang best, ala-ala tepi laut gitu. Semua dah ada, aku kena bawak diri ja pon. Aku duduk berdua, dengan sorang kakak ni, Zati, tapi bulan dua ni dia kawen. Jadi, maknanya lepaih bulan dua ni, aku akan dok sorang (T_T). Sedih sebab dia baik, rajin masak, masak dah la sedap, dan dia hari-hari teman aku tidoq (ehehehe) :D









Ni lah rumahnya. Desair Apartment. Duduk ramai-ramai memang gempaq, tapi kalau sorang, uUuUUuU (takot).. Zati, mailah melawat Shu selalu :(

6 bulan ni, InsyaAllah kalau tak da apa-apa halangan, di sinilah aku akan habiskan masa 6 bulan tu, belajaq, ulangkaji, baca buku, ON9 (motip utama  :P).

Doakan aku ya kawan-kawan (>_<)

Saturday, January 19, 2013

SilTerra ----> Vale

SilTerra (Disember 2010 - Disember 2012)

SilTerra. Kenangan dua tahun keja di sini merupakan kenangan yang paling tak dapat aku lupakan. Gembira, sedih, marah, kecewa, bahagia, tekanan, semua lah, aku dapat rasa. Semuanya berlaku dengan cepat. Gembira pon cepat,sedih pon cepat ja aku dapat. Yang paling tak sangka, benda mengejutkan aku pon cepat ja aku dapat.
Lebih kurang 21/12 aku dapat 'offer' untuk p interview di Ipoh. Waktu tu aku demam teruk, rasa cam tak nak p ja. Tapi ntah camna, hati aku tergerak untuk p jugak interview yang nun jauh di Ipoh.
Keluar dari bilik interview, tros dia cakap aku dapat keja, tapi kena lulus 'medical' dulu. Waktu tu gembira tak terasa sangat sebab tak dapat status sebenar lagi. Jadi, aku wat taktaw jelah.
Balik Kedah, aku p wat 'medical' tu. Punya la payah, kena tunggu berhari-hari. Ada la dalam 3 hari baru dapat keputusan. Alhamdulillah aku tak da penyakit-penyakit kronik. Lepaih ja dapat taw, aku tros bagitaw kengkawan kat tempat keja. Memang depa pon terkejut sebab sebelum ni aku tak pernah pon bukak cita pasai nak cari keja lain. Tup tup, aku dah hantar surat berenti. Semua ni berlaku dengan cepat dan bukan dalam jangkaan aku. Ada yang memahami, ada yang tak memahami masalah aku masa ni. Serabut aku dibuatnya, dengan tak taw nak terima 'offer' ke x, dengan masalah duit lagi, masalah dengan kengkawan pon ada skit, lagi buatkan aku tertekan yang amat sangat sampai dalam waktu penghujung sebelum wat keputusan tu, aku rasa cam tak jadi ja nak p tempat baru!
Alhamdulillah jugak wat kengkawan yang lain sebab banyak bagi semangat. Aku pon tak minx semua yang tak elok tu terjadi. Aku tak sangka, aku tak boleh nak ramal tetiba ja aku kena benti keja ni. sayang kot kat SilTerra sebab bahagia ya amat keja kat sana. Tapi, apakan daya, 'offer' yang aku dapat ni dimasukkan sekali dengan 'study'. Sebab tu lah aku pilih tempat baru ni. Aku memang gian sangat nak sambung 'study', cuma kemampuan ja tak berapa nak mengizinkan. Sekarang, aku dah dapat peluang tu, jadi aku tak nak lepaskan camtu ja. Timbang punya timbang, aku pon hantar email yang aku terima 'offer' ni.







Kengkawan rapat ada wat 'farewell' makan stimbot kat Seoul Garden nu ha, sedap2! P makan pizza pon ada. Rasa terharu sangat2 sebab rasa diri ni dihargai :)
Terima kasih kengkawan :)
 

Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd, syarikat yang beroperasi sepenuhnya di Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak. Akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014. 'Batch" pertama telah selamat membuat visa untuk p wat latihan di Brazil. Aku akan jadi 'batch' kedua. Belajar 'Marine Engineering Technology' untuk 6 bulan, pastu wat latihan yang belum taw lagi kat mana. Aku dapat sebuah apartment tepi laut, aAaA, boleh dikatakan tepi laut la, macam ada kawasan paya bakau berair kat belakang apartment ni. Skang kami dok berdua. Nanti 'housemate' aku kawen bulan dua ni, tinggai la aku sensorang dalam rumah ni. Adoi..
Wat masa ni, aku rasa bahagia sangat. Semua depa 'sponsor'. Aku bawak diri aku ngan baju. Yang lain semua dah ada dalam rumah ni. Alhamdulillah, semua dalam keadaan terkawal skang. Aku harap, ini adalah permulaan untuk hidup aku yang lebih baik. InsyaAllah :)