Monday, November 29, 2010

IMBAS KEMBALI - SUKA DUKA LATIHAN INDUSTRI


16/04/2009
Hari terakhir untuk pendaftaran tempat latihan industri.


-Ok, tarikh ni watkan aku gundah gulana dan kejadian yang tak berapa aku suka telah berlaku. TV3 atau Kejuruteraan !@#? Terlampau 'excited' sebab TV3 dah stuju untuk amek aku jadi anak didik dorang masa tuh. Tapi apakan daya, aku harus memilih. Ya, aku harus memilih, mana satu? Perbincangan mula berlaku dan kata sepakat telah memutuskan bahawa aku terpaksa memilih Kejuruteraan !@# nih.

27/07/2009-27/12/2009


Tarikh ni merupakan hari pertama aku sebagai 'Industrial Trainer'. Kehidupan duka aku bermula ketika ini.


-Iya. Mungkin bagi sesetengah orang yang x brapa nak paham aku ni camna (walaupun kawan sendiri) akan menganggap yang hidup aku ni ringkas (simple) sebab aku ni jenis yang ska gelak dari menceritakan dan menghebohkan masalah aku. Lagipun, memang ramai dak-dak kat institusi aku yang x ska aku. Ok kita lupakan jap pasal benda tuh.




Contoh rumah

-Dapat duduk dalam rumah 3 tingkat. Whoa!! Susah pebenda camtu? (Orang yang x memahami keadaan akan cakap camtu). Ok, 3 tingkat. Aku sorang pompuan, 10 lagi dak laki. Ok ka tuh? Agak terkesima masa mula-mula masok keja. Camni ka 'normal life' kat sini? Aku duduk di tingkat 2, bersebelahan dengan bilik dak-dak laki tuh. Dapur kat bawah, bilik air kena kongsi. 'Bestnya' rumah 3 tingkat ni. Laptop aku x le bawak sebab sebelom ni penah ada kes curik dalam bilik aku. Bilik sebesar 1 ruang tandas kat KLCC tuh. Kecik ya amat! Aku le tima lagi la yang pasai bilik kecik tuh. Keselamatan, 1juta% x gerenti. Senang sangat ja orang pecah masok bilik aku. Jadi, saranan mama ngan abah, "kakak jangan la dok bawak laptop ka apa-apa benda mahai ka, takot hilang". K 'fine', aku x bawak. Kol 8 mula keja, kol 6 abeh. Balek umah ljalan kaki. Jaoh tu agak la. Sampai umah, tido. Bangun semayang, tido balek, esok bangun kol 6, siap-siap p keja dan hari-hari seterusnya, camtu la. Otak aku x berkembang langsung bila aku pandang bilik aku yang kosong tuh. Cukup sebulan, mengalir la air mata ketegaq aku. Sengsara, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu ketika tu. Malam jangan cita la, dok kat dalam bilik, termenung tengok dinding, berangan, tido. Sepanjang 5 bulan, dunia luar, langsung aku xtaw. Yang aku taw, isu-isu dak-dak dalam umah tuh, budak dadah, kaki arak, kaki pompuan, yang tu aku taw. Ditambah dengan bos dan staff yang memang 'memahami' aku, bertambahlah peratusan aku menyampah dan menyumpah Kejuruteraan !@#. Hanya orang yang penah alami cam aku ja yang mungkin akan faham masalah aku ketika itu.


-Bulan puasa merupakan bulan yang terindah dalam hidup aku. Tapi di sana, bole dikatakan hari-hari lah aku brbukak kol 10 dan ke atas. Habis basi makanan yang aku beli kat Bazar. Kol 5 beli makanan, balek aku x wat apa-apa. Tertido lalu hanyut sampai ke malam. Sedih sangat-sangat. Nak kuar p beli, memang harapan tipis sebab aku taw dah, nanti masalah yang ikut aku balek.


Contoh gambo (bukan aku)

-Pengkid. Aku dicop sebagai pengkid waktu kat sana. Aku sengaja wat camtu. Kalau aku mekap, dressing chantek-chantek, mau naya aku ngan dak-dak gila tu. Aku terpaksa. Semua orang cakap aku jahat la pompuan xda maruah la, tapi aku x heran pon. Aku taw Allah Maha Mengetahui. Abah dan mama pon. Jadi aku x risau sangat pasai hal tu.

-Deck aka Mohamad Taufik bin Mohamad Saufee. Kalau dya ni xda sepanjang tempoh aku praktikal, aku rasa aku da mereng skang. Kalu x mereng pon, aku akan kena penyakit murung! Aku tima kaseh sangat-sangat kat dia yang terlampau banyak tolong aku kat sana. Malam raya terutamanya. Kalau hang xdak, aku x taw apa dah jadi kat aku. Tima kaseh kekasihku..



-Sorang lagi yang banyak tolong dengaq masalah aku kat sana, Suriati binti Mat Isa aka my besh fwenz in d world!! :)
Jalan sana-sini, wat gila-gila dan ilangkan masalah aku. Dialah orangnya :)

-Bos aku yang konon berpangkat Dato' tu, satu habuk pon x bawak apa-apa kebaikan dalam diri aku. Amek kesempatan, pandai, x layan, maki. Memang kau 'd best' lah!

-Aku xberniat nak memperburuk sesapa pon, aku cuma nak ingatkan kepada kaum hawa (laki xpa), sebelom wat apa-apa keputusan (terutamanya yang melibatkan hal perseorangan), pandai-pandailah selidik dahulu latar belakang, sejarah tempat tuh dan tanya orang sekeliling. Itulah silap aku waktu itu. Pengajarannya dah aku dapat. Aku tanak kaum hawa yang laen terkena seperti aku. Aku xbole tima!

p/s=Kalau la aku ni kaya, da lama aku saman Dato' tu dengan semua staff yang keja kat Kejuruteraan !@# tuh.. Tima kaseh atas kata-kata anda iaitu:
1. Biasa la Su, duduk dengan dak-dak laki tu biase jeeeeeeee..
2. Kita nak hidup kena wat semua keja sekaligus (macam hamba abdi)
3. Kenape Su gitaw pensyarah Su yang Su duduk ngan dak-dak laki tu

3 kata-kata yang amat aku xleh tima sepanjang hidup aku..

Sunday, November 28, 2010

KERJA?


Wafer - Yang perlu melalui beberapa proses lagi sbelum menjadi sebuah cip

Wafer.. Benda nih mungkin akan aku lihat hari-hari jika aku terima tawaran kerja di Syarikat _ _ _ _ _ _ _ _. Jadi, aku ngah menunggu hari tersebut tiba. Adakah aku akan menerima tawaran kerja ini? Atau aku akan mencari pekerjaan laen? Atau..???

Friday, November 26, 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillahi rabbil alamin.. Aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi aku peluang untuk bersama-sama dengan kawankuh untuk 'Graduation Day' bulan 4 tahun hadapan. Sepanjang bulan ni, memang aku kecut perot dengan 'final result' yang bakal aku dapat. Alhamdulillah skali lagi, aku lulus dengan cemerlang dan mendapat A dalam beberapa subjek 'peveret' aku. ('Final result' diperiksa oleh aku pada 12.30 tengah malam ketika sedang 'skype' bersama si dia)
Buat pembaca setia blog akusukaseni, aku amat memerlukan sokongan dan doa-doa anda untuk aku menjalani kehidupan yang bakal aku tempuhi ini. Banyak lagi ranjau kehidupan yang perlu dan akan aku lalui bermula hari ni.. Ya Allah, permudahkanlah jalan kehidupanku berlandaskan jalan-Mu Ya Allah.. Amin..

http://a5cg.com/zenc/images/graduation_cap.jpg

Dipost pada;
26.11.2010

Monday, November 22, 2010

KHAS UNTUK ADIK FARA :)

Ni laman web tu ye..

http://thepiratebay.org/torrent/5364086/New_Windows_7_Activator_%5B2010%5D_%5Bblaze69%5D

Thursday, November 18, 2010

CHERITA 16 NOVEMBER 2010

Nurul Shuhada binti Mahadzir
16 November 1989
1.06 Petang
Hospital Daerah Sungai Petani
2.49 Kg

I ❤ YOU TEDDY BEAR - Dari Mohamad Taufik

Serbaguna - Dari Noorzainatulaina

Kad yang membuatkan daku terharu - Dari Noorzainatulaina

Melukis inai di tangan secara percuma - Dari Nurul Hidayah

Pengakhiran melukis inai

Nacik udang sizzling - Dari Ayahanda

Pemberian bunga api - Dari Bonda

Sambungan - Budak 'kecik' maen bunga api!!

Tuesday, November 16, 2010

BUAH DALAM HATI

'Yang mana satu Shu? Yang mana satu Kecik? Yang mana satu Kak? Yang mana satu Dik?'

Ahahaha.. Beliau ada ja dalam gambo tu, carik2 (>O<)






p/s=Buat pengarang jantung pisang emaskuh, ilysm!! :)

Sunday, November 14, 2010

'GLAMOROUS la sangat' DINNER 2010

Hhmm.. Dinner ni.. Aku no komen la.. Nak kata besh gila, nampak sangat aku tipu. Nak kata x besh pon, x jugak (sebab ada benda yang bagi aku epi, hukhuk).. Pendek kata, dinner ni di'handle' oleh budak-budak yang memang nyampah ngan aku, dan aku turut menyampahi mereka..Am I rite? (????) So, komen aku mengenai dinner tersebut:
1. Tema = Ok la
2. Makan = Oh tidak, kerana aku baru makan skit, x sampai kol 10, staff da angkut suma makanan di atas meja aku dan kawan-kawan
3. Souvenir = Cawan kecik yang ditulis dengan marker yang baru disentoh, da padam, besh!
4. RM30 = Xda souvenir khas yang dibuat oleh pihak pengurusan setelah aku balek, x macam semester-semester lepas..
5. Lecturer kesayangan kami banyak yang tidak dapat hadirkan diri, quite sad..
6. Karaoke = Banyak abeskan duit dan masa pada karaoke, unfair..

So.. Ini pendapat aku, blog aku, jadi suka hati aku lah kan.. Kalau cakap depan-depan pon bukan hampa nak dengaq cakap aku, suma hampa nak orang dengaq cakap hampa, hukhuk..

Ghambar x seberapa aku ngan kawan-kawan..


hitam putih

suhada wan

'kembaq Nasrol' = Faiz

wan
Kawan baikkuh, Aina (>_<)

Aina Suhada

Saturday, November 13, 2010

TUKAR TEMPLATE = (>_<)

Alhamdulillah.. Uhuhuhu.. Siap jugak aku 'modified' blog ni.. Penat whoa.. Da macam lagu Couple-Whoa Oh Sayang, ahahahaha!! (>O<)

Template pertama aku bertemakan muzik sebab aku lebih ketengahkan 'akusukaseni' aku kepada seni muzik. Jadi skang, 'akusukaseni' telah aku tukarkan tema dari muzik ke alam sekitar.. (Macam-macam tema la hang ni, pasni tema haiwan lak eh, hukhuk)



Muzik --------> Alam sekitar = (>_<)

CUTE PRESENT FOR ME?

"Akak, nak print bole? Urgent ni". Aku yang ngah khusyuk study (konon) wat muka blur la, sbb aku da tutop da bisnes aku.. Aku cakap, "Aaaaa.. Aaaa..". Tu ja aku mampu cakap, ahahahahaha! Melihatkan keadaan aku yang ngah blur itu, adik-adik tu tros cenyum. Ropanya dya wat lawak. Adoi! Nak kena btoi! Lalu adik-adik itu pon menyatakan sesuatu yang wat hati aku yang dah lama x tersentuh ni tros tersentuh whoa.. Aduh, bertakung gak la ayaq mata aku time tu.. "Akak, tima kaseh sebab selama ni kak banyak tolong kami print. Law kak xda, x siap la assignment (ass) kami.." Dalam hati aku cakap, "Xpa, adik bayaq kat kak, ok la tu, ahahaha" Aku pon cakap la kat depa, aku ok ja, apa salahnya tolong kan sebab aku ska tolong dak-dak tu time tengah malam.. Tapi apakan daya aku terpaksa stop tolong dak tu tngah malam sebab ada org x puas hati kat aku.. Nak wat camna kan.. Xpa lah. "ok la kak, adik da nak balk ni, nah kak, sebagai ucapan terima kaseh kami kat kak". Bungkusan coklat cip 'Muchys' ngan choco bar' diikat ngan reben berwarna pink itu watkan aku terkedu. Ada jugak rupanya orang yang nampak dan hargai pertolongan ikhlas aku. Hadiah tu aku kira sebagai terharu nombo dua la, nombo satu, ucapan "Terima kaseh kak". Memang syahdu la, kalah hari raya o0o0.. Wat adik-adik yang aku tak tahu nama tu, akak post tajuk ni khas untuk adik berdua. "Terima kasih sebab hargai kak ya (T_T)"




Aku yang sebok gak nak masok (>O<)

ENGINEERING MATHEMATICS 5 = BEBAL!

Bebal, bebal dan bebal! Aduh.. 2 jam masa diperuntukkan kat aku, tapi aku rasa wat tadi cam 2 minit ja masa tu diberi! Demm!! Ya Allah, aku dah berusaha semampu mungkin dah untuk subjek paaaaaaaaaaling killer semester ni. Soalan 1 pasal cosech (ln 2) pon aku da gagap tadi.. Abeh jawab ja, baju aku basah trok kot.. Semua ni penangan Math la. Aku rasa cam baru abeh lari 88KM ja taw x! (Keadaan berpeluh seperti brlari 88km ni dah aku rasakan masa menjawab soalan 'Source Code' untuk projek aku dulu, gila ah! Apa pon, jawab da jawab, jadi.. Tawakkal Tu Alallah.. (T_T)


03/11/2010

WISH ME LUCK :)

WISH ME LUCK (>_<)

For all readers, wish me luck for my final exam in my final semester ya.. :)

Duration time : 01/11/2010 until 10/11/2010



Subject :



Communication System

Engineering Mathematics 5

Data Communication

Automatic Controller System

Integrated Circuit Design

30/10/2010



AKU NAK..



aku nak makan aiskrem mec di ngan dya


aku nak pegi air terjun ngan dya


aku nak baju itu dipilih oleh dya


aku nak lepak lama-lama ngan dya

aku nak snap pix ngan dya


aku nak tengok wayang ngan dya


aku nak nyanyi-nyanyi ngan dya


aku nak beli stiker ngan dya

aku nak sembang-sembang ngan dya


Aku nak suma tu arini, tapi awat aku x dapat!!!! Aku sedih, tension, sakit ati, marah.. Napa mesti nasib x penah nak menyebelahi aku, ada ja benda yang aku akan sakit hati.. Alangkah seronok kalaw dya baca setiap apa yang aku nak ni sebab aku xakan penah mintak wat kali kedua.. (T_T)


p/s = Ingat Nurul Shuhada, jangan sesekali engkaw men'cop' dya, ta guna kaw hepi pada 6 hari sebelom kaw jumpa dya, last-last perkara di atas ta dpt jugak kaw penuhi, diingatkan sekali lagi, Nurul Shuhada, engkaw ta perlu 'menempah' dya lagi lepas nih!!

NO MORE ELECTRONIC ENGINEERING AFTER THIS!!

25/09/2010
Semakin hari, hati aku ni dok memberontak, menjerit, meraung-raung, guling2 dan sebagainya.. Apa bole buat, aku da pilih dan ikut suma ni di jalan yang salah.. Sepatutnya aku melanjutkan pelajaran dalam bidang SOFTWARE ENGINEERING atau COMPUTER ENGINEERING, tapi apakan daya, ELECTRONIC ENGINEERING jugak yang muncul lam idop aku 3 tahon lepas!!
Nak tak nak, aku kena la folo. Lagi 2 bulan, tapi hati aku dah bebal, dah kata yang 2 bulan macam lagi 2 TAHON. Sabaq na hatikuh buchuk2.. (T_T)

ALKISAH MENGENAI SPAIN

Spain.. ada apa dengan nama Spain ini? Aku pun tidak tahu pada mulanya, sebelum ku mengenali si dia..huhu..
Aku mendapat mesej dari si dia pagi tadi tepat pukul 4.27 pagi waktu Malaysia..
'Baby, Sepanyol layak ke pusingan seterusnya, hee :*'
Aku yang baru membaca mesej itu pada pukul 6 pagi tersenyum melihat kegembiraan si dia yang amat mengharapkan kemenangan pasukan kegemarannya dan berjaya masuk ke peringkat seterusnya. Tahniah buat Spain kerana telah menggembirakan si dia.. (。♥‿♥。)

TUDUNG

BERTUDUNG

01/06/2010
aku sangat sedih kerana aku telah dilabel sebagai pompuan macam @%^&&*(&^$@..
layakkah dia menilai aku sebegitu rupa dengan hanya kerana aku tidak bertudung..

Cukupkah menilai diri aku dengan hanya kerana aku tidak bertudung?? Jahatkah aku dengan hanya kerana aku tidak bertudung?? Layakkah orang cam aku dilabel pompuan yang macam !@#$%^&* hanya kerana aku tidak bertudung??



SLAMAT HARI 'BERUSIA' ABAHKUH (>_<)


26/05/2010

Genaplah usia abah iaitu 44 tahun. Kakak dan ahli keluarga mendoakan Selamat Hari Lahir buat abahkuh yang tersayang <3 Kakak doakan rezeki abah pada tahun ni meningkat berbanding tahun-tahun yang lepas dan mendoakan juga agar abah sentiasa bahagia bersama mama dan adik-adik..




dari anakandamu,
shuhada

KERJA? BISNES?

Kerja
Setalah habis peperiksaan akhir, aku harus bekerja.. Ya, walaupun peperiksaan baru tamat semalam, aku da harus kerja esok.. Duit poket aku da makin habis, jadi kenalah kerja untuk semester depan pulak..huhuhuhu

Bisnes
Di samping aku kerja ni, aku ada wat bisnes tambahan sket-sket la.. Format komputer.. Balek dari kerja nanti, aku kenalah format komputer yang telah disuruh oleh pelanggan-pelanggan aku.. Penat tapi aku x kesah.. Xkan asek nak harap duit dari ayahanda dan bonda. Banyak lagi tanggungan yang mereka harus tanggung (ringankan beban) =)
Aku sangat hepi dengan hidup aku sekarang. Tenang dan aman tanpa masalah. Wat masa sekarang jelah aku tenang dan bahagia. Aku boleh belajar, kerja dan cari duit sikit. Memang penat tapi biarlah Allah S.W.T saja yang tahu apa yang aku rasa. Seseungguhnya aku hepi dan aku bersyukur kerana Dia bagi aku kemampuan untuk aku harungi dan buat semua ni. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

MINGGU YANG..

Minggu ni merupakan minggu yang agak teruk bagi aku.. Aku tak boleh nak berfikir dengan waras dan tak dapat menerima beberapa hakikat yang orang lain tak boleh nak faham.




Final


Final dah semakin hampir. 4 paper yang harus aku ambil untuk semester ni. Engineering math 4, Audio Visual System, Microprocessor and Microcontroller dan Baikpulih Alatan Elektronik. Micro p p banyak membuatkan otak aku blur dan aku banyak menghadapi masalah dengan subjek ni.





Kawan-kawan


Cukuplah dengan masalah pelajaran aku, ada pulak hal lain yang telah berlaku. PERGADUHAN. Aku dah lama x bergaduh dan dah lama tinggalkan zaman 'kebudak-budakan' tu. Tapi, semester ni, telah ada orang yang buat aku betul-betul hilang sabar. Kalau nak ikutkan hati aku yang memang banyak dah aku x puas hati ngan budak ni, memang terlampau banyak, tapi aku rela pendamkan saja dari menyakitkan hati orang tu. Ternyata sifat aku yang terlampau baik kerana memendam apa yang aku rasa ni, sia-sia saja. Dah macam-macam aku dengar budak ni kutuk, mengata, memfitnah. Sakit x hati bila benda camni terjadi? Allah S.W.T dah berfirman bahawa sabar itu separuh dari iman. Iya, aku akui. Aku dah cuba sedaya upaya selama 2tahun dan 4bulan untuk bersabar. Masuk bulan kelima, aku dah xda daya untuk bersabar lagi kerana budak ni dah memfiitnah kawan baik aku sendiri dengan tuduhan yang sangat melampau dan menyakitkan hati.





Erti kawan


Budak tu selesaikan masalah kami dengan ucapan maaf yang mempunyai unsur perli. Xapa, asalkan beliau dah meminta maaf. Aku ingat, maaf dia dah cukup setakat tu. Rupanya, kisah ni bersambung di Facebook milik kawan aku. Apa semua ni? Ikhlaskah caramu dengan meminta maaf tempoh hari? Hari seterusnya, kami berjumpa lagi dengan niat memang tak nak benda-benda camni berlarutan. Lalu, dia bertanya, s-- tahu apa maksud kawan? Aku pun membalas la, aku lebih tahu makna kawan dari i-- dan orang lain. Weh, tolong la. Aku lebih taw makna kawan dari kau ok.. Ikhlas? Dia tanya aku lagi. Aku dah malas nak melayan, lalu aku membiarkan apa sahaja yang ingin di'post' olehnya di Facebook itu. Aku mengakhiri ayatku dengan menyatakan 'kalau ada x puas hati lagi, jom jumpa, selesaikan dengan cara elok, bukan gaduh k..'





Talam dua muka, duri dalam daging


Talam dua muka dan duri dalam daging yang telah di'post' oleh dia di Facebook milik kawanku membuatkan pertengkaran menjadi lebi melampau. Aku dah penat la wei!!





Pertemuan Kedua


Sesesai sudah marah aku yang bermula dari minggu lepas ini. Beliau dah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak memfitnah kawanku. Jadi, kalau betul, xda apa lah akan terjadi pada dia. Kalau x betul, kau tanggunglah akibatnya or sapa-sapa saja yang terlibat dalam kes memfitnah ini..





Aku sayang KAWAN BAIK aku SAHAJA


Susah nak mencari seorang kawan, apatah lagi ingin mencari kawan baik yang sentiasa bersama susah dan senang kan.. Buat masa ini, aku ngah 'pending' lagi mengenai status dia. Akanku fikirkan semula selepas aku tamat peperiksaan akhir..

MASALAH DUNIAWI

KARAOKE+ MASALAH PERIBADI= (T_T)

20/04/2010

Masalah aku untuk tajuk di atas akan aku huraikan satu persatu keesokan hari ya.. Insya-Allah.. Tunggu kisah aku esok taw (^_^)





21/04/2010





Hurm, nak cakap pasal topik ni, terasa malas n berat la sebab agak menyakitkan hati n membebankan bahu, kaki, tangan, dan semua anggota-anggota badanku. tapi, aku kena post jugak, so masalah aku dapat dikurangkan dengan men'sharing' bersama-sama..





KARAOKE





Karaoke? Sapa x kenal aku, memang kaki karok kot.. Pantang lepa (ada masa), aku mesti karok punya. Dah memang hobi, tapi hosi jelah, 'bcoz' x da cita-cita pun nak jadi penyanyi.. Minggu lepas, aku masuk pertandingan di Pahang, aku menang.. Memang saat tu indah o0o0.. (^_^) Aku nyanyi peringkat seluruh Malaysia, bawak balek hadiah kat hostel..huhuhu.. Bangga jugak la waktu tu =)


Tapi, bila saat aku masuk pertandingan kat institusi aku, aku bleh plak terlampau 'nervous' dan suara aku x keluar.. Sebab apa ya? Aku pon x taw.. Sangat sedih kerana sangat berharap aku dapat menang, tapi nak wat camna, xda rezeki aku kali ni..






MASALAH PERIBADI





Disebabkan masalah-masalah di atas, aku menjadi tekanan lalu menangis seorang diri, tapi sapa yang taw? Sapa yang amek peduli dengan diri aku?? Susah cari aku lah, senang, ada sebut nama aku? X........


Hubungan aku dengan si dia dah jadi agak renggang minggu ni. Si dia x salah apa-apa pon, cuma aku ja yang membawa semua masalah aku bila berbual dengan dia. Minta maaf sangat-sangat kat bucham.. (T_T)

ORIENTEERING 1 MALAYSIA

3 minggu lepas, berlangsungnya orienteering 1 Malaysia di Pekan Bandar Diraja, Pahang. Aku dan kawan baik aku kira wakil bagi negeri Kedah untuk ke Finland.. Memang jeles gila ah aku kat kawan2 yang menang tuh,..(T_T) Apa pun, memang happening sangat Orienteering 1 Malaysia yang berlangsung di UiTM Pekan, Pahang.. =)


di depan dewan konvensyen sultan haji ahmad shah


menang karaoke..ahahahah


masjid yang indah (^_^)


team kami..menang tu..(dapat ke Finland..jeles aku)

moga semester depan ada lagi ye..ehehehe =)

BAHAGIA..

Saat bahagia seseorang adalah ketika dapat bersama orang yang sangat disayangi.. Dulu, aku x pernah nak merasa semua ni, tapi skarang dia dah bagi aku rasa apa yang x pernah aku rasa sebelum ni, alangkah bahagia kalau semua masalah dapat hilang saat bersama si dia.. ~aku rindu dia, tu yang aku post topik ni..hehehihihuhu..



bucham


PEMBUKAAN CHERITA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. hari ini, 17/04/2010, aku mencipta 'post' ini. Terasa seperti mahu meluahkan apa sahaja yang pernah aku alami dan apa yang aku lihat serta dengar. Bagi konon-konon perasmian blog aku ni, aku menyambut ulangtahun kelahiran ibu terchintaku yang disambut semalam.. HEPI BUFDAY MY LOVELY MOTHER!! (^_^) V