Monday, October 1, 2012

TEORI JOSEPH CYCLE


Teori Joseph Cycle mengenai 7 tahun gemilang dan 7 tahun menjunam ni memang tepat. Aku tak pernah taw pon teori ni hinggalah sekarang. Ini pon diceritakan oleh rakan sekerja iaitu Kak Lin yag sememangnya mahir dalam bidang perancangan kewangan. Kajian yang Joseph ni buat kebanyakannya tepat dan diambil kira dari seluruh pelusuk dunia.

Sekarang isu yang berbangkit di SilTerra pon nampaknya dalam kelompok 7 tahun menjunam. Jadi, bersedialah mengadapi saat yang genting ini sehingga mungkin penghujung tahun 2013.

Tips-tips yang telah dikongsi :

1. Merangka perbelanjaan melalui GAJI ASAS sahaja.
Jangan masukkan perbelanjaan bulanan anda menggunakan gaji keseluruhan (OT+ELAUN SIANG/MALAM+BONUS). Ini penting bagi mengelakkan anda PUASA di hujung bulan (T_T) .

2. Menyediakan simpanan 6 bulan.
Ya. Ini yang harus dilakukan oleh semua orang yang berstatus seorang pekerja. Simpanan 6 bulan ni bermaksud jumlah bagi GAJI ASAS untuk 6 bulan. Ia sudah semestinya disimpan ketat iaitu tidak digunakan MELAINKAN anda diberhentikan kerja secara tiba-tiba.

3. Bebanan bulanan.
Maksud bagi bebanan bulanan ialah jumlah hutang yang patut dibayar setiap bulan mengikut kadar tetap (kereta, motor,komputer,dll). Perkara ini WAJIB diambil kira. Jangan tersalah langkah dengan mengabaikan tips nombor 1. Ia amat berkait rapat.

Di atas ni aku sertakan tip-tips yang paling penting sebagai seorang pekerja. Sebarang tips tambahan bolehlah tinggalkan dalam komen ya :)

No comments :

Post a Comment