Monday, August 1, 2011

A.P.I






A.P.I

TAHUN AKTIF: 2007 - Kini

GENRE: Indie

AHLI:
1. Noh (Hujan)
2. Lan (Azlan & The Typewritter)
3. Din Homatov (Estranged)
4. Imran (One Buck Short)
5. AJ (Pop Shuvit)
6. loQue (Monoloque/Butterfingers)

Diasaskan oleh Loque dari Monoloque atau Butterfingers, Loque sudah lama menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah supergroup yang dianggotai oleh bakat-bakat hebat dan pakar dalam muzik masing-masing. Perkara ini sudah tertanam di lubuk hati beliau sejak Loque bersama-sama dengan Butterfingers. Namun, beliau terpaksa melupakan hasrat itu untuk sementara waktu bagi memberi fokus kepada muzik dan perjuangan Butterfingers yang sudah tertubuh hampir 15 tahun itu.

Sebaik sahaja Butterfingers mengumumkan persaraan mereka, Loque tidak menunggu lama untuk meneruskan legasi seninya menerusi karakter baru ciptaannya, A.P.I. Biarpun sibuk dengan jenama baru menerusi kumpulannya, Monoloque, namun untuk Loque, dia mahu memberikan santapan baru menerusi A.P.I yang telah meledak dengan lagu mereka, Pelita.

Sememangnya penubuhan band ini amat mengujakan bagi Loque kerana inilah saat di mana beliau dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa industri seni tempatan sebenarnya mempunyai banyak bakat yang masyarakat kurang beri perhatian.

Kumpulan ini terdiri daripada Imran dari kumpulan One Buck Short, pemain gitar Estranged, Din Hormatov serta AJ yang merupakan pemain bass Pop Shuvit. Keunikan dan kekuatan band ini dikuatkan lagi dengan gabungan mantap dua vokalis iaitu Noh dari kumpulan Hujan dan Azlan dari Typewriter yang masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.

Single pertama mereka - Pelita kerap diputarkan di corong radio dan menjadi siulan ramai. Yang lebih membanggakan apabila lagu ini turut menjadi salah sebuah daripada 14 buah lagu yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 25 (2010). Walaupun tidak memenangi di anugerah tersebut, Loque bangga kerana berjaya menjadi salah satu lagu yang mara ke peringkat akhir.

Idea untuk lagu Pelita bermula ketika Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) meminta Loque untuk mencipta lagu tema bagi filem Hooperz. Dan saat itu, Loque cukup yakin bahawa projek A.P.I amat sesuai untuk membawa lagu ini. Lirik yang tidak kompleks dan rumit turut diakui oleh Loque di mana Pelita merupakan lagu yang cukup ringkas tetapi pantas menangkap halwa telinga.

A.P.I dikatakan membawa maksud Angkatan Pemuzik Indie, namun Loque tidak akan menjelaskan maksudnya kerana inilah strategi beliau untuk A.P.I. Beliau hanya berharap agar sampai suatu ketika, orang ramai akan tahu maksudnya.

INI YANG KORANG TAK TAU:


1. Sepanjang empat tahun, Loque ulang alik dari Kuala Lumpur ke Boston, Amerika Syarikat hanya untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menganggotai supergroup ciptaan Loque ini.

2. Pada awalnya, Loque mahu menamakan kumpulan ini sebagai Gangga Negara agar ia kelihatan klasik tetapi apabila difikirkan maksudnya, beliau rasa ia tidak sesuai.

Sumber dipetik dari Xfresh Fm
Hidop X!

No comments :

Post a Comment