Monday, January 13, 2014

AZAM 2014


Azam 2014. Aku nak buat cuba untuk buat satu perubahan yang aku rasa agak mustahil (sikit la). Aku tak taw aku mampu buat atau tak. Alhamdulillah dalam 13 hari ni, aku berjaya kawal panas baran aku ni. Azam aku satu ja, tapi ada banyak cabang.

Panas baran =
- Tak nak jadi perempuan yang cepat marah
- Nak jadi perempuan yang lebih penyabar
- Nak jadi manusia yang tak kisahkan perangai manusia lain yang 'annoying'
- Nak hindarkan maksiat kecil dan maksiat besar
- Tak nak pedulikan manusia lain yang suka dengki/ mengata/ fitnah kat aku
- Yang paling penting, tak nak jadi perempuan yang pendendam

Aku taw memang susah nak ubah sikap aku yang satu ni, PANAS BARAN. Memang hidup aku selama 24 tahun ni berteraskan panas baran yang banyak. Aku ni sebenaqnya orang yang 'easy going' kalau omputih kata, dalam kata mudah, aku senang untuk bergaul. Aku jugak ska buat lawak bodo sesama kawan aku. Melawak kasaq, pukui-pukui manja, memang itu sifat aku, yang tak eloknya, darah aku cepat naik. Pantang ada apa yang salah di mata aku, memang aku truih tak cakap banyak, 'sound on the spot' ja. Aku tak kisah pon waktu tu kalau ramai yang tak suka aku, sebab aku lebih suka dengan prinsip aku, JUJUR dengan diri sendiri.
Tapi........
Sejak aku kerja di Vale ni, dah masuk setahun la, banyak benda yang aku belajar. Dugaan jangan cakap la, dari awai tahun, sampai la sekarang, dugaan tu bertimpa-timpa. Aku boleh perasan masa hujung tahun lepas, perangai aku memang dah di tahap maksimum punya teruk. Marah aku meluap-luap macam gunung berapi. Semua ni berpunca dari 'puak-puak' yang dengki/ska mengata/fitnah aku. Aku buat apa pon, pasti ada ja yang memerhati, sebab dengki mungkin.Lepas sorang, sorang dia rampas dari hidup aku. Sebab dia ni la, aku banyak menangis, bukan menangis sebab dia, menangis sebab tak sangka ada jugak manusia berperangai macam dia.

Paihtu, aku cuba untuk tenangkan diri aku selama sehari, tanpa fikir pasal puak-puak ni. Alhamdulillah aku rasa tenang, rasa lapang. Itu yang aku berazam, masuk tahun depan, aku nak buang panas baran aku dan taknak fikir lagi pasai puak-puak tu.

Perkembangan sekarang masih positif. 13 hari selepas azam, aku masih boleh 'maintain' azam aku. Aku harap aku lebih istiqamah dan boleh menjadi muslimah yang lebih baik mulai sekarang. Amin :)

No comments :

Post a Comment