Monday, January 20, 2014

SAHABAT

 

Sahabat. Sahabat tak sama ertinya dengan kawan. 

Kawan = Waktu gelak-gelak, waktu senang, waktu dapat durian runtuh ka, waktu yang boleh dibangga, waktu-waktu macam ni KAWAN memang ada di samping kita.

tapi Sahabat = Waktu gelak-gelak, waktu senang, waktu dapat durian runtuh ka, waktu yang boleh dibangga + waktu sedih, duka lara, kecewa, gaduh. Waktu macam ni SAHABAT ada. Di setiap waktu dan perasaan.

Bukan senang kita nak cari sahabat. Ada yang memula nampak cam kita leh wat sahabat, rupanya manusia tu lagi teruk dari kawan. Musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Ni antara peribahasa-peribahasa yang popular yang sinonim dengan kawan. Tapi, bila kita dah dapat sahabat yang sejati, dialah insan yang kita boleh buat kawan, sahabat, keluarga, adik, kakak, abang, semua lah.

Walaupun aku baru hidup kat dunia ni 25 tahun (24 tahun 3 bulan), tapi aku dah nampak pelbagai ragam manusia yang nak dirinya digelar sahabat, padahal gelaran kawan pon tak sesuai dengan diri dia. Mungkin 'SS ataupun syok sendiri'. Hoho.

Al-kisah sahabat pertama. Dari sekolah rendah aku kenai dia. Memula nampak poyo sebab dia kelas pandai, aku kelas bawah dia. Dia kelas A. Aku kelas B. Rasa sakit hati sebab dia pandai kot. Tup-tup masuk sekolah menengah, aku satu skolah ngan dia jugak. Tapi aku kelas B, dia kelas A. Okay, dia kelas atas jugak. Sebelum mula Tingkatan 1, kami kena amik satu 'test' untuk taw boleh lompat kelas atau tak. Tengok-tengok aku dapat masuk kelas A. Sama kelas ngan dia ni, si S. Dah lama kenai, baru la aku taw yang dia gila-gila sama ja ngan aku. Persahabatan kami bermula dari 2002 sampai la sekarang. banyak suka dan duka kami kongsi sama-sama. S memang menepati citarasa sebagai seorang sahabat bagi aku. Dia selalu ada waktu aku perlukan dia, sebab tu aku akan cuba sedaya upaya untuk ada di samping S bila dia perlukan aku. Aku sayang hang Suriati!

Si A ni, kesabaran dia tak ada sesapa pon yang dapat lawan. A memang terbaik. A banyak ubah sikap aku sepanjang aku duduk di Poli Kulim dulu. Aku kenai dia dari tahun 2008, waktu Sem 1 lagi, cuma yang mula rapat, waktu 2009 Sem 3. Aku dapat dok sebilik dengan dia kat hostel. Sapa tak kenai aku, panas baran memang sifat aku hari-hari. A ni budak baik, pastu alim, pandai jaga hal-hal agama. Aku kagum ngan dia. Aku cuba nak jadi macam dia, tapi banyak kali gak kantoi. Aku cuba kawal panas baran aku ni, pon tak berjaya. Banyak kali dah la aku asyik marah A, kadang-kadang benda kecik aku jadikan besar. Yang aku rasa nak nangis, dia bleh diam dan tak kata apa-apa kat aku. Ada satu hari tu, memang aku nangis sebab dia ada wat sesuatu yang aku rasa terharu. Yang tu biarlah aku simpan dalam hati ja. Dia dah berkahwin sekarang dan dah ada anak 1. Aku sayang hang Aina!

N ni memula malu sengal alam. Impresi pertama aku, dia ni budak 'nerd' sebab konon-konon tanya password kat aku, padahai tak tau la dia ada niat lain ka apa ka ahahahaha! 'Start' dari tu, kami mula rapat. Gila-gila kami memang banyak yang sama. Segak orangnya. Sora kalah Anuar Zain oiii.. Waktu ada duit, kami buat gila meroyan. Waktu tak dak duit pon kami buat jugak hal sama-sama. Dia pon slalu ada waktu aku perlukan dia di Kulim dulu, Aku sayang hang Nazree!
'First time' aku tengok muka dia pon aku dah taw dia ni budak pandai. Si I ni memang serius otak Bill Gates. Memang cekang. Muka dia pon ala-ala 'nerd' gak la. Tapi, dia baik, lembut ja orangnya, piwiittt.. Dia banyak tolong aku dari segi pelajaran. 3 tahun aku kat poli, banyak benda yang dia ajaq aku sampai aku paham. Hubungan kami bukan setakat di Poli, di luaq pon kami memang rapat. Slalu lepak ngan I dan Nazree. Raya pon kami saling kunjung-mengunjung :) Aku sayang hang Izwan!

Waktu praktikal merupakan waktu yang sangat sengsara bagi aku. Memang episod kisah sedih aku bermula waktu praktikal ja. Ada dua orang yang banyak main peranan sepanjang aku kat Balakong selain dari keluarga tercinta aku. Si T dan si F. T memang banyak yang amat sangat tolong aku. Aku tak boleh nak ucapkan dengan kata-kata atau balas semua budi dia, yang aku boleh balas hanyalah cinta dia. Ceeewaaaahhhh! Ahahaha cerita selingan sebab waktu ni si T masih sahabat aku :)
Aku masuk praktikal sebulan camtu kot, baru F masuk. Dia budak ayu-ayu gitu. Comel sangat. Senyum dia pon maneh baq hang. Hee. Kerja kami buat sama-sama, keluaq pon sama-sama. Yang aku terharu, dia merasai kesusahan aku kat sana. Banyak benda yang dia berkorban untuk aku. Serius aku sayang dia. Banyak kali gak la aku nangeh kat dia. Malu pulak bila pikiaq. (poyo ja aku hahaha) Aku sayang hang Farah!

Dua tahun aku keja kat Kulim, ada jugak sahabat yang aku jumpa. Ramai. Ramai yang amik berat dan tolong aku bila aku ada masalah. Kak Aida, Kak Yarni, Kak Ita, Wani, Kak Fiza. Aku tak dapat lupa depa. Kak G. Sampai ke Ipoh dia tolong aku :) Kak Lin, pasai dia la aku ada duit untuk p Ipoh :) Kak Rem, dia tak pernah tinggai aku, apa pon dia mesti cari aku, sampai la sekarang. Aku sayang hampa semua!

Bandar Navy, Lumut. Kat sini banyak jugak dugaan yang aku hadapi untuk tahun pertama sahaja. Proses nak cari sahabat agak susah pada mulanya. Puaih aku cari-cari, godek-godek, jenguk-jenguk, dah lalui macam-macam ujian, baru aku dapat jawapan untuk sahabat aku. M ni banyak persamaan dengan Aina, cuma dia suka diamkan diri kalau ada apa-apa (dulu la). Skang dah ok. Aku memang 'direct' tanya dia kalau aku nampak dia diam ka, lain ka. Susah pon sama-sama, senang pon sama-sama ngan dia. banyak benda lawak yang kami hadapai bersama. Dugaan telah la. Sampai ada ja orang yang sanggup nak retakkan hubungan kami, siap nangis, marah. Alhamdulillah kami berjaya harungi semua tu. Apa yang aku harap, hubungan aku dengan M akan kekal sampai bila-bila. Aku sayang hang Mariam!

No comments :

Post a Comment