Monday, November 29, 2010

IMBAS KEMBALI - SUKA DUKA LATIHAN INDUSTRI


16/04/2009
Hari terakhir untuk pendaftaran tempat latihan industri.


-Ok, tarikh ni watkan aku gundah gulana dan kejadian yang tak berapa aku suka telah berlaku. TV3 atau Kejuruteraan !@#? Terlampau 'excited' sebab TV3 dah stuju untuk amek aku jadi anak didik dorang masa tuh. Tapi apakan daya, aku harus memilih. Ya, aku harus memilih, mana satu? Perbincangan mula berlaku dan kata sepakat telah memutuskan bahawa aku terpaksa memilih Kejuruteraan !@# nih.

27/07/2009-27/12/2009


Tarikh ni merupakan hari pertama aku sebagai 'Industrial Trainer'. Kehidupan duka aku bermula ketika ini.


-Iya. Mungkin bagi sesetengah orang yang x brapa nak paham aku ni camna (walaupun kawan sendiri) akan menganggap yang hidup aku ni ringkas (simple) sebab aku ni jenis yang ska gelak dari menceritakan dan menghebohkan masalah aku. Lagipun, memang ramai dak-dak kat institusi aku yang x ska aku. Ok kita lupakan jap pasal benda tuh.




Contoh rumah

-Dapat duduk dalam rumah 3 tingkat. Whoa!! Susah pebenda camtu? (Orang yang x memahami keadaan akan cakap camtu). Ok, 3 tingkat. Aku sorang pompuan, 10 lagi dak laki. Ok ka tuh? Agak terkesima masa mula-mula masok keja. Camni ka 'normal life' kat sini? Aku duduk di tingkat 2, bersebelahan dengan bilik dak-dak laki tuh. Dapur kat bawah, bilik air kena kongsi. 'Bestnya' rumah 3 tingkat ni. Laptop aku x le bawak sebab sebelom ni penah ada kes curik dalam bilik aku. Bilik sebesar 1 ruang tandas kat KLCC tuh. Kecik ya amat! Aku le tima lagi la yang pasai bilik kecik tuh. Keselamatan, 1juta% x gerenti. Senang sangat ja orang pecah masok bilik aku. Jadi, saranan mama ngan abah, "kakak jangan la dok bawak laptop ka apa-apa benda mahai ka, takot hilang". K 'fine', aku x bawak. Kol 8 mula keja, kol 6 abeh. Balek umah ljalan kaki. Jaoh tu agak la. Sampai umah, tido. Bangun semayang, tido balek, esok bangun kol 6, siap-siap p keja dan hari-hari seterusnya, camtu la. Otak aku x berkembang langsung bila aku pandang bilik aku yang kosong tuh. Cukup sebulan, mengalir la air mata ketegaq aku. Sengsara, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu ketika tu. Malam jangan cita la, dok kat dalam bilik, termenung tengok dinding, berangan, tido. Sepanjang 5 bulan, dunia luar, langsung aku xtaw. Yang aku taw, isu-isu dak-dak dalam umah tuh, budak dadah, kaki arak, kaki pompuan, yang tu aku taw. Ditambah dengan bos dan staff yang memang 'memahami' aku, bertambahlah peratusan aku menyampah dan menyumpah Kejuruteraan !@#. Hanya orang yang penah alami cam aku ja yang mungkin akan faham masalah aku ketika itu.


-Bulan puasa merupakan bulan yang terindah dalam hidup aku. Tapi di sana, bole dikatakan hari-hari lah aku brbukak kol 10 dan ke atas. Habis basi makanan yang aku beli kat Bazar. Kol 5 beli makanan, balek aku x wat apa-apa. Tertido lalu hanyut sampai ke malam. Sedih sangat-sangat. Nak kuar p beli, memang harapan tipis sebab aku taw dah, nanti masalah yang ikut aku balek.


Contoh gambo (bukan aku)

-Pengkid. Aku dicop sebagai pengkid waktu kat sana. Aku sengaja wat camtu. Kalau aku mekap, dressing chantek-chantek, mau naya aku ngan dak-dak gila tu. Aku terpaksa. Semua orang cakap aku jahat la pompuan xda maruah la, tapi aku x heran pon. Aku taw Allah Maha Mengetahui. Abah dan mama pon. Jadi aku x risau sangat pasai hal tu.

-Deck aka Mohamad Taufik bin Mohamad Saufee. Kalau dya ni xda sepanjang tempoh aku praktikal, aku rasa aku da mereng skang. Kalu x mereng pon, aku akan kena penyakit murung! Aku tima kaseh sangat-sangat kat dia yang terlampau banyak tolong aku kat sana. Malam raya terutamanya. Kalau hang xdak, aku x taw apa dah jadi kat aku. Tima kaseh kekasihku..



-Sorang lagi yang banyak tolong dengaq masalah aku kat sana, Suriati binti Mat Isa aka my besh fwenz in d world!! :)
Jalan sana-sini, wat gila-gila dan ilangkan masalah aku. Dialah orangnya :)

-Bos aku yang konon berpangkat Dato' tu, satu habuk pon x bawak apa-apa kebaikan dalam diri aku. Amek kesempatan, pandai, x layan, maki. Memang kau 'd best' lah!

-Aku xberniat nak memperburuk sesapa pon, aku cuma nak ingatkan kepada kaum hawa (laki xpa), sebelom wat apa-apa keputusan (terutamanya yang melibatkan hal perseorangan), pandai-pandailah selidik dahulu latar belakang, sejarah tempat tuh dan tanya orang sekeliling. Itulah silap aku waktu itu. Pengajarannya dah aku dapat. Aku tanak kaum hawa yang laen terkena seperti aku. Aku xbole tima!

p/s=Kalau la aku ni kaya, da lama aku saman Dato' tu dengan semua staff yang keja kat Kejuruteraan !@# tuh.. Tima kaseh atas kata-kata anda iaitu:
1. Biasa la Su, duduk dengan dak-dak laki tu biase jeeeeeeee..
2. Kita nak hidup kena wat semua keja sekaligus (macam hamba abdi)
3. Kenape Su gitaw pensyarah Su yang Su duduk ngan dak-dak laki tu

3 kata-kata yang amat aku xleh tima sepanjang hidup aku..

2 comments :

  1. pengalaman yg mendewasakan sahabatku..pahit,manis,kelat,payau,masin semua ada.ditambah kegilaan dua owg sahabat baek yg meremp-it di waktu senja pergi melalak di tempat karaoke.dh la esoknya ada final.hihi.paling penting aku xlupa jasa dan sumbangan tuan blog ini yg telah mendengar luahan hati aku semasa aku mengalami sindrom putus chenta..haha
    lebiu my besh2 friend!!! ^_^

    ReplyDelete
  2. suereesa-aku sayang hang sangat2, update cita kita beruda!! baca sampai abes t <3

    ReplyDelete