Saturday, November 13, 2010

MINGGU YANG..

Minggu ni merupakan minggu yang agak teruk bagi aku.. Aku tak boleh nak berfikir dengan waras dan tak dapat menerima beberapa hakikat yang orang lain tak boleh nak faham.




Final


Final dah semakin hampir. 4 paper yang harus aku ambil untuk semester ni. Engineering math 4, Audio Visual System, Microprocessor and Microcontroller dan Baikpulih Alatan Elektronik. Micro p p banyak membuatkan otak aku blur dan aku banyak menghadapi masalah dengan subjek ni.





Kawan-kawan


Cukuplah dengan masalah pelajaran aku, ada pulak hal lain yang telah berlaku. PERGADUHAN. Aku dah lama x bergaduh dan dah lama tinggalkan zaman 'kebudak-budakan' tu. Tapi, semester ni, telah ada orang yang buat aku betul-betul hilang sabar. Kalau nak ikutkan hati aku yang memang banyak dah aku x puas hati ngan budak ni, memang terlampau banyak, tapi aku rela pendamkan saja dari menyakitkan hati orang tu. Ternyata sifat aku yang terlampau baik kerana memendam apa yang aku rasa ni, sia-sia saja. Dah macam-macam aku dengar budak ni kutuk, mengata, memfitnah. Sakit x hati bila benda camni terjadi? Allah S.W.T dah berfirman bahawa sabar itu separuh dari iman. Iya, aku akui. Aku dah cuba sedaya upaya selama 2tahun dan 4bulan untuk bersabar. Masuk bulan kelima, aku dah xda daya untuk bersabar lagi kerana budak ni dah memfiitnah kawan baik aku sendiri dengan tuduhan yang sangat melampau dan menyakitkan hati.





Erti kawan


Budak tu selesaikan masalah kami dengan ucapan maaf yang mempunyai unsur perli. Xapa, asalkan beliau dah meminta maaf. Aku ingat, maaf dia dah cukup setakat tu. Rupanya, kisah ni bersambung di Facebook milik kawan aku. Apa semua ni? Ikhlaskah caramu dengan meminta maaf tempoh hari? Hari seterusnya, kami berjumpa lagi dengan niat memang tak nak benda-benda camni berlarutan. Lalu, dia bertanya, s-- tahu apa maksud kawan? Aku pun membalas la, aku lebih tahu makna kawan dari i-- dan orang lain. Weh, tolong la. Aku lebih taw makna kawan dari kau ok.. Ikhlas? Dia tanya aku lagi. Aku dah malas nak melayan, lalu aku membiarkan apa sahaja yang ingin di'post' olehnya di Facebook itu. Aku mengakhiri ayatku dengan menyatakan 'kalau ada x puas hati lagi, jom jumpa, selesaikan dengan cara elok, bukan gaduh k..'





Talam dua muka, duri dalam daging


Talam dua muka dan duri dalam daging yang telah di'post' oleh dia di Facebook milik kawanku membuatkan pertengkaran menjadi lebi melampau. Aku dah penat la wei!!





Pertemuan Kedua


Sesesai sudah marah aku yang bermula dari minggu lepas ini. Beliau dah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak memfitnah kawanku. Jadi, kalau betul, xda apa lah akan terjadi pada dia. Kalau x betul, kau tanggunglah akibatnya or sapa-sapa saja yang terlibat dalam kes memfitnah ini..





Aku sayang KAWAN BAIK aku SAHAJA


Susah nak mencari seorang kawan, apatah lagi ingin mencari kawan baik yang sentiasa bersama susah dan senang kan.. Buat masa ini, aku ngah 'pending' lagi mengenai status dia. Akanku fikirkan semula selepas aku tamat peperiksaan akhir..

No comments :

Post a Comment