Wednesday, July 3, 2013

PERJALANAN


Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd.
Aku ingat lagi tgh hari tu (lupa tarikh). Aku tak p  keja sebab demam. Tup-tup aku dapat panggilan dari nombor belah Perak. Memula aku takmau angkat sebab x larat sangat. Ntah camna aku pon angkat jugak.
V - Hello, may I speak to Nurul Shuhada binti Mahadzir?
S - Yes, speaking.
V - I'm V from Vale. I would like to inform you about interview that will be held on tomorrow. You are selected to go to the interview that will be held at Tower Regency Hotel at 9 a.m. Are you interested?
S - Err, Vale? Can I know what the company is?
V - Ouh, Cik Shuhada, Vale is the only one in Malaysia that distribute iron ore around the world. Are you don't know at all?
S - Yes. This is first time I heard about this company, even its name.
V - What? So how do you submit your resume even though you don't know about this company?
S - Now I also don't understand. When did I submit a resume for Vale? Sorry for my misunderstanding.
V - From what I know, your resume had been sent to Vale and your application had been approved by management. So, are you interested to come to Vale?

Tengah dok bingung, dah la demam. Tup-tup dapat panggilan camni. Aku dengan keadaan yang terhuyung-hayang sebab pening pon menjawab:

S -  Yes, I interested in this offer.
V - Okay, see you tomorrow at 9 a.m at Tower Regency Hotel, Ipoh and please bring your latest resume and stationery.
S - Orait V :)

Dengan sepantas kilat aku kol PeKA aka Pusat Kerjaya Amanjaya di Ipoh iaitu Senior Executive mereka. Rupa-rupanya Encik Mohamad Taufik aka ehem2 aku yang hantaq resume. La, awat x habaq? Dia kata yang dia penah habaq kat aku, tapi dah lama. Aku ni dah la nyanyuk, mana la nak ingat. Dia kata dia hantaq resume tu kat Andre _ _ _ Coppersmitch (xingat nama). Bayangkan hari ni aku demam. Interview esok. Dah la kat Ipoh nu. Waktu ni aku kat Kulim. Nak p ngan apa? Macam mana nak p? Dah la hujung bulan. Aku nak give up dah mula-mula.

Dengan izinNya, malam tu aku tanya Kak G (kak kat tempat keja aku) pastu dia kata ok. Aku bersyukur gila ni. Dari segi kewangan pulak, Kak L (kat tempat keja aku gak) tolong. Tima kaseh kakak-kakak.

Selesai masalah untuk esok, masalah lain pulak ada. Housemate aku. Malam tu aku ingat nak bagitaw dia, tapi entah camna, aku takut. Bukan takut apa, takut dia sedih ka marah ka. Malam tu jugak kami ada keluaq makan. Aku cakap aku nak balik awai sebab ada hal, nk print resume. Dia kata nak minta keja baru ka? Xyah la.. Kat SilTerra pon dah ok. Tu yang aku lagi takut dan x sampai hati nak gtaw dia. Aku cakap ja kawan aku yang nak resume aku.

Esoknya semua berjalan dengan lancar, sampai pon tepat kol 9. Waktu interview ja agak menakutkan sebab lagi susah dari SilTerra dulu. Banyak stage yang aku kena lepas untuk dapat keja ni. Semua dah lepas, V jumpa aku dan bagitaw yang aku dah dapat keja ni. Aku amik offer letter dalam keadaan pelik dan aku p kat Kak G. Kak G kata alhamdulillah baguih la. Aku terkejut lagi dan xtaw nak wat apa. Semua ni jadi macam sekali harung ja. Cepat ja dia terjadi.

Aku teringat kata V tadi. Dia kata aku dah boleh hantaq Resignation Letter dah kat SilTerra. Lagi la blur. Aku sendiri pon xtaw apa keputusan aku. Pikiaq punya pikiaq, tanya punya tanya, akhirnya aku setuju nak masuk Vale ni. Macam-macam dugaan aku dapat lepas aku bagitaw yang aku nak berhenti. Ada yang bagi sokongan, ada yang macam bagi aku down. Sedih jugak sebab aku rasa macam aku teraniaya. Aku x rancang pon semua ni jadi. Bukan aku dah set yang aku nak berhenti keja ni awai-awai. Tuan punya badan pon rasa kelam-kabut. Bayangkan la, dalam kurang dari seminggu aku taw semua ni.

Memang menyedihkan bila waktu kita tengah down, ada lagi orang yang downkan kita. Aku paham sebab apa dia downkan aku. Mungkin aku salah sebab aku xbagitaw malam yang aku nak p interview tu. Tapi bukan salah aku. Aku ada sebab aku wat camtu. Aku sedih ngan x sampai hati sebab dia baik sangat. Sepanjang aku keja kat SilTerra, dia banyak tolong aku ngan bagi aku gembira. Tapi, bila dah akhir-akhir aku kat Kulim, dia memang marah sangat-sangat. Aku pujuk pon tak berkesan. Kalau memang 100% salah tu memang datang dari aku, aku minta maaf. Walaupun dia tak baca pon post aku ni, aku tetap sayang dia dan aku ingat semua budi baik yang dia bagi kat aku dulu.. Aku takkan lupa kakak, jangan risau :)

No comments :

Post a Comment