Friday, July 5, 2013

1 KEBURUKAN > 99 KEBAIKAN

"Jika anda melakukan 99 perkara yg betul, dan 1 perkara yg tidak betul, orang akan mengabaikan 99, dan menyebarkan 1 kesilapan"

Quote kat atas ni aku ambil dari Facebook. Hakikat dunia. Macam beberapa kes yang pernah aku lalui sepanjang hidup ni. Contohnya:

'Huh, si S tu. Rajin tolong mak ayah. Penyayang, suka tolong haiwan. Masak konon sedap, jahit pon pandai. Keja baguih la sangat. Suka p surau dan masjid. Suka p majlis ilmu. Nyampah aku'

- ni kata hati seorang insan yang memang taram lama dah ngan si S ni. Tup-tup Allah bagi dia nampak satu benda yang tak berapa baguih pasal si S ni.

 

'Tu dia tu dia, orang dok kata dia baguih. Tengok la tu, keluaq ngan jantan mana tak tau. Aku dah agak dah dia tu memang teruk. Nak kena canang kat semua orang ni.'

Dalam facebook, kat blog, semua dia canang. SMS habih ni kawan-kawan. P kata yang si S ni teruk gila. Padahal kata-kata hati dia dah taw 99 kebaikan yang S buat tadi. Dia nampak 1 keburukan ja, automatik dia padam 99 kebaikan tu.

Sebab tu tajuk aku "1 KEBURUKAN > 99 KEBAIKAN" yang bermaksud 1 keburukan ni lagi dititik beratkan oleh manusia berbanding 99 kebaikan. Walahualam. Astagfirullahalazim..

No comments :

Post a Comment