
bulan ramadhan hampir tiba,
berpuasa itu tanggungjawab kita,
banyakkan beramal bekalan di sana,
moga hidup berkat hendaknya
setiap malam ke solat terawih,
amalan sunat umat islam,
sebulan berpuasa menahan jerih,
banyak pahala dapat disulam
menahan lapar juga dahaga,
mohon kudrat yang Maha Esa,
sebalik amalan banyak hikmahnya,
jangan mudah berputus asa
wahai rakan-rakan dan sahabat semua,
amalan wajib jangan dilupa,
semoga hidop kita sentosa,
mendapat berkat di akhirat sana
umrah selalunya di bulan puasa,
ada rezeki akan ke sana,
di rantauan berpuasa kumpul sedunia,
syukur kita menjadi hambanya
pelbagai juadah juga hidangan,
makanan pedas utama sajian,
kuih muih jadi pembukaan,
manis dan pedas itu kegemaran
banyak selera di pandang mata,
ke bazar ramadhan menjengah juga,
pilih memilih amalan biasa,
jangan membazir itu utama
kala menjelang bulan puasa,
bangun sahur tidak dilupa,
makanan hanya sederhana sahaja,
biar berkat menyulam selera
selamat berpuasa kepada semua,
moga amalan kita diterima,
meski harus berlapar dahaga,
tak terjangka hebat ganjarannya
teguhkan iman di bulan ramadhan,
tetapkan jadi jalankan kewajipan,
allah menduga hanya sebulan,
inilah peluang dan kesempatan
selamat berpuasa kepada semua,
menjelang raya pelbagai disedia,
jadikan ramadhan bulan mulia,
banyak nikmat dan juga pahala.
pantun dari : https://www.facebook.com/notes/riedz-jb/pantun-ramadhan-2012haha-jom-baca-klik-here-my-all-friends/376542262408797
Selamat menyambut Ramadhan 1434H buat pembaca blog beragama Islam sekalian :)

No comments :
Post a Comment