Thursday, July 4, 2013

TAMBAHKAN BERAT BADAN = IDEAL!



 Ni berat badan aku pada 10/03/2013. Kiranya tiga bulan selepas aku dok di Lumut. Kalau nak ikut berat badan aku, asalnya maintain 37 ja, kalau 39 tu rasa cam kembang hidung dah la :P
Waktu demam panas Tingkatan 4 dulu, penah berat turun sampai jadi 33kg.. Dah jadi camni..


 Memang bersusah payah gak la waktu nak tambahkan berat badan tu. Waktu masuk poli, haaa berat aku dah hampir ideal. 42kg. Tapi ngam-ngam ja. Iya la, dok poli, makan, blajaq, tidoq. Bukan buat keja sangat.
Elok aku abeh ngaji tiga tahun kat poli tu, tros aku masuk keja. Shif pulak tu. Dari 42kg turun tros sampai jadi 37kg. Serius la, untuk orang kuruih cam aku ni, berat badan senang ja turun. Nak naik, payah nak mampuih. Tambah la keja shif, makan x cukup, tidoq x cukup. Asyik pikiaq lena ja. Kurus kering la aku waktu ni. Dua tahun aku keja kat Kulim, berat aku memang maintain 37 ja, atau kurang skilo.

Tup-tup dapat keja kat Lumut. Harapan aku bila dok kat tempat baru ni slalunya satu ja, NAK TAMBAHKAN BERAT BADAN! Memang nekad gila. Ok, tiga bulan pertama hasilnya macam gambaq kat ataih tu la.
Bila aku p timbang pada 30/06/2013 iaitu beberapa hari lepas, inilah hasilnya........

Tada....! Memang mendadak gak la. Jalan pon rasa cam agak berat (pui, macam la naik sploh kilo) :P


Aku rasa la kan, di sebalik aku maintain makan pada waktu yang sepatutnya dan tidoq yang cukup, ada dua benda ni yang aku rasa bagi perubahan mendadak kat diri aku ni.


Nombor 1. Susu Dutch Lady Full Cream Milk ni. Aku memang amalkan pagi petang malam. Aku slalu jugak sakit pinggang dan tulang belakang. Alhamdulillah, selain menambahkan berat badan, ianya turut menyembuhkan sakit aku ni.
Nombor 2. Flavettes Vitamic C yang 1000mg punya. Sehari makan sebiji, lebih efektif, waktu siang. (ikut cara aku la) Alhamdulillah jugak, makan Vitamin C ni badan aku jadi makin bertenaga dan kurang rasa nak pengsan cam slalu aku rasa waktu keja dulu.

Wat masa ni, berat badan aku dah ok. BMI pon cakap ideal. Alhamdulillah sangat-sangat :)

No comments :

Post a Comment